HKFC Nota – Media

Kolej Sultan Abdul Hamid (KSAH) Bakal Membuka Semula Kilang Melahirkan Pemain Remaja Bolasepak Berbakat Di Negeri Kedah

KSAH bakal membuka lembaran baru semula kilang untuk mengeluarkan pemain pemain muda dan remaja berbakat di Negeri Kedah secara khasnya dan dan membuka peluang kepada seluruh pemain di dalam negara untuk mendapat tempat dan pendidikan bolasepak secara tersusun dan jangka masa panjang di bawah jalinan kolaborasi yang akan diterajui oleh HKFC dan PDRM FC.

Projek jangkamasa panjang ini akan menjadikan KSAH sebagai “home ground ” untuk para pemain duduk sebumbung dan mendapat pendidikan akademik dan bolasepak yang akan dibantu oleh sistem pembangunan atau metadologi daripada Laliga Sepanyol melalui kerjasama strategik yang telah dijalin sebelum ini menerusi HKFC.

Program ini akan membolehkan semua pemain yang terbaik dari segi bolasepak dan akademik dikumpul dan dilatih secara konsisten dan diberi pendedahan dan latihan terbaik seperti di akademi bolasepak JDT yang menjadi contoh terbaik di negara buat masa ini.

Satu program bersejarah menandatangani perjanjian kerjasama bagi menjalankan program ini telah diadakan di antara HKFC yang diwakili oleh Presiden HKFC Muhammad Talhah bin Zainol bersama Kolej Sultan Abdul Hamid yang diwakili oleh Tuan Pengetua Shamsulbadri Bin Ishak disaksikan oleh CEO PDRM FC iaitu En. Mohamad Hafiz bin Zainal Abidin pada 6 Disember 2023 di KSAH. Majlis turut dihadiri oleh wakil Jabatan Pendidikan Negeri Kedah yang turut menjadi tunjang kepada program Pembangunan bolasepak di KSAH ini.

KSAH akan mendapat pentas yang terbaik untuk bertanding di Liga KPM pada tahun 2024 menerusi slot lantikan daripada PDRM FC yang turut serta di dalam kolaborasi bersejarah ini.

Harapan kami adalah semoga KSAH akan bakal melahirkan semula pemain pemain hebat seperti Akmal Rizal yang beraksi di Strasbough Perancis dan Rafiz Abu Bakar di kelab Bayern Munich dan Izham Abbas Piala dunia remaja satu ketika dahulu bersama Allahyarham Dato Hj Ahmad Basri Akil.

 

Siaran Media (PDF)