Ucapan Presiden Sahoca KL – Majlis Berbuka Puasa 2024/1445H

UCAPAN PRESIDEN SAHOCA KL – MAJLIS BERBUKA PUASA 2024/1445H

DEWAN DE SERI ENDON, PUTRAJAYA PADA 30 MAC 2024

 

Assalamualikum dan Salam Sejahtera,

Terima kasih Sdr Thoriq Othman dan Faiz, Emcees pada malam ini.

Yang Dihormati, YB Dato’ Yusoff Jaafar, Trustee SAHOCA KL (Class of 1966)

Yang Dihormati, Hj Sr Kamarudzaman Saad, Trustee SAHOCA KL (Class of 1985)

Yang Dihormati, semua rakan2 ahli Sahoca KL serta keluarga dan tetamu yang hadir pada Majlis Berbuka Puasa SAHOCA KL 2024.

Alhamdulillah, terima kasih diatas sokongan berterusan dan tidak jemu2 didalam semua majlis anjuran Sahoca KL.

 

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi2 terima kasih dan tahniah kepada Urusetia Majlis Berbuka Puasa Sahoca KL 2024 yang diterajui oleh Timb Presiden, Sdr Syarizan Md Isa, dibantu oleh ahli2 JK Pengurusan Sahoca KL serta Staff Sekretariat SAHOCA KL yang telah bertungkus lumus dan berusaha keras merancang dan merealisasikan majlis pada malam ini yang bertujuan meneruskan tradisi mengumpulkan ahli2 SAHOCA KL di bawah satu bumbung serta mengeratkan silaturrahim sesama kita.

 

Saya mohon maaf kerana YAB Tun Dr Mahathir Mohammad, Presiden Seumur Hidup SAHOCA KL, tidak dapat bersama2 kita di dalam :ajlis ini kerana keadaan kesihatannya yang masih tidak mengizinkan beliau untuk hadir. Perkara ini telah disampaikan oleh Tan Sri Badariah sendiri kepada SAHOCA KL pada saat2 akhir sebelum majlis bermula. Marilah kita sama2 memanjatkan doa kepada Allah SWT supaya Tun Dr Mahathir yang kita kasihi diberikan kesembuhan segera dan dapat bersama2 kita menghadiri majlis SAHOCA KL pada masa akan datang.

 

Kali terakhir Majlis Berbuka Puasa SAHOCA KL diadakan ialah pada tahun 2022, di dewan yang sama ini, apabila wabak Covid-19 telah mula reda dan sekatan perjalanan telah dimansuhkan. Majlis Berbuka Puasa Sahoca KL tidak diadakan setiap tahun, tetapi diselang selikan dengan Majlis Hari Raya Sahoca KL. Sudah tentu Majlis Berbuka Puasa SAHOCA KL 2024 sangat bermakna dan melakarkan sejarahnya yang tersendiri kerana pada tahun ini juga SAHOCA KL menyambut Ulangtahun ke – 50 penubuhannya.

 

Bagi bekas2 pelajar yang telah mencapai usia 50 tahun, ia merupakan usia emas, dimana kehidupan setiap individu itu penuh dengan pelbagai pengalaman dan matang dalam melayari kehidupan dimasa hadapan. Begitu juga SAHOCA KL, yang sudah mencapai usia 50 tahun penubuhannya pada tahun ini, ia adalah sesuatu yang sangat dibanggakan, satu testimoni kepada kejayaan menjadi facilitator atau penghubung silaturrahim yang relevan antara sesama bekas2 pelajar. Tidak dapat dinafikan, SAHOCA KL adalah pencetus rasa kecintaan atau ‘sense of belonging’ kita kepada Kolej Sultan Abdul Hamid, alma mater yang kita sayangi.

 

Sebagai meraikan ulangtahun penubuhan SAHOCA yang ke – 50, JK Pengurusan SAHOCA KL telah menubuhkan JK Kerja yang sedang merancang pelbagai aktiviti serta program Golden Jubilee Celebrations yang secara rasminya akan bermula pada 24 Mei 2024. Tarikh rasmi SAHOCA KL didaftarkan oleh Pendaftar Pertubuhan ialah pada 24 Mei 1974.

 

Besarlah harapan saya agar semua ahli SAHOCA KL dapat menyertai aktiviti2 yang dirancang yang akan berlanjutan sepanjang tahun sehingga 24 Mei 2025. Aktiviti2 yang masih didalam proses perancangan akhir akan diwar2kan apabila telah muktamad nanti kepada semua ahli2 SAHOCA KL melalui pelbagai media seperti laman web SAHOCA, email dan pelbagai platform Sosial Media.

 

Antara aktiviti yang dirancang adalah seperti berikut:

  1.  
  1. Menerbitkan video atau digital book  mengenai  sejarah, pembangunan  dan  kejayaan  KSAH  dan  SAHOCA  Kuala Lumpur.
  2. Acara ‘Treasure Hunt’ bermula dari Wisma Sahoca di Kelana Jaya,  Selangor  ke  Kolej  Sultan  Abdul  Hamid,  Aloq  Setar, Kedah.
  3. Mempertingkatkan keahlian sehingga  3000  ahli  (1500  ahli setakat hari ini).
  4. Membantu KSAH membaik pulih Perpustakaan Stuart.
  5. Membaik pulih Wisma Sahoca KL yang telah berusia 17 tahun.
  6. Mengadakan Jamuan Makan Malam Gala 50 Tahun Sahoca KL / Golden Jubilee Gala Dinner.
  7. Pertandingan sukan antara  ahli  Sahoca  dan  juga  Antara Alumni, dan pelbagai program sampingan.

 

Dikesempatan ini, saya selaku Presiden SAHOCA KL 2023/2025, ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa yang masih berbaki 10 hari dan juga Selamat Hari Raya Eidul Fitri, Mohon Maaf Zahir dan Batin, diatas segala salah dan silap dan khilaf dari kami, JK Pengurusan SAHOCA KL 2024.

 

Akhir kata, saya ingin merakamkan setinggi – tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Penaung2 SAHOCA KL, Duli2 Yang Maha Mulia Sultan Negeri Kedah, President Seumur Hidup, semua bekas2 President SAHOCA KL, Trustees dan Bekas2 Trustees SAHOCA KL, Ahli2 JK serta Bekas2 JK Pengurusan SAHOCA KL yang dengan secara sukarelanya, telah bersungguh – sungguh mencurahkan bakti didalam menubuhkan, mengurus, dan memastikan kelestarian dan kelangsungan SAHOCA KL. Doa saya semoga SAHOCA KL akan terus maju dan relevan serta berjaya menyambut Centenniel Celebration pada 2074, iaitu 50 tahun dari sekarang.

 

Wabillahi Taufik Wal Hidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.